Media sosial & iklan yang dijejak sehingga ke jualan

Hantaran yang konsisten membina kepercayaan. Iklan yang dijejak dengan betul membawa pelanggan. Kami uruskan kedua-duanya — dan tunjukkan kos sebenar setiap lead.

Pengurusan media sosial

Kalendar kandungan 30 hari, reka bentuk grafik, video pendek dan kapsyen BM & English untuk Facebook, Instagram, TikTok dan Threads. Tema kandungan disusun mengikut pelanggan sasaran anda.

Iklan Meta & Google

Kempen yang disasarkan mengikut kawasan dan minat, ujian kreatif berterusan dan penjejakan penukaran — supaya setiap ringgit boleh diukur, bukan sekadar “reach”.

Bagaimana kami ukur kejayaan

Likes tidak membayar sewa. Kami jejak tiga angka sahaja: kos setiap lead, kadar lead menjadi pelanggan dan nilai jualan. Jika anda menerima tempahan melalui WhatsApp, kami setup penjejakan supaya kita tahu iklan mana yang membawa mesej.

Soalan Lazim

Berapa bajet iklan minimum yang dicadangkan?

Untuk bisnes tempatan, kami cadangkan sekurang-kurangnya RM30–RM50 sehari pada permulaan supaya ada data yang cukup untuk dioptimumkan. Bajet ini dibayar terus kepada Meta atau Google.

Adakah kamu buat video TikTok?

Ya, kami boleh merancang dan menyunting video pendek. Untuk penggambaran di lokasi, kos tambahan bergantung pada kawasan.

Platform mana yang terbaik untuk bisnes saya?

Ia bergantung pada pelanggan anda. Servis rumah dan automotif biasanya berprestasi baik di Facebook dan TikTok; servis premium di Instagram. Kami cadangkan berdasarkan data, bukan andaian.

Nak tahu kenapa pesaing anda lebih tinggi di Google?

Kami semak website, Google Business Profile dan kata kunci anda — percuma, tanpa ikatan.

Dapatkan Audit Percuma →