Horuz CRM: simpan pelanggan, bukan sekadar dapatkan mereka

Mendapatkan pelanggan baru lebih mahal daripada mengekalkan yang sedia ada. Horuz CRM membantu bisnes tempatan mengenali pelanggan, memberi ganjaran dan menjemput mereka kembali.

Pangkalan data pelanggan

Nama, nombor telefon, sejarah servis dan nota โ€” semuanya di satu tempat, bukan bertaburan dalam WhatsApp.

Mata ganjaran & kesetiaan

Pelanggan kumpul mata setiap pembelian dan tebus ganjaran. Sesuai untuk servis berulang seperti cucian, servis kereta dan kecantikan.

Portal pelanggan

Pelanggan anda boleh semak mata, sejarah dan buat tempahan sendiri melalui portal mesra telefon.

Dashboard website & SEO

Status website, blog SEO dan cadangan tindakan โ€” supaya anda tahu apa yang berlaku pada aset digital anda.

Program perintis

Horuz CRM sedang diuji bersama bisnes pembersihan dan automotif. Peserta perintis mendapat akses awal, input langsung kepada ciri yang dibina dan harga perintis apabila sistem dilancarkan.

Data pelanggan anda diuruskan dengan mengambil kira Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA): akses berasaskan peranan, rekod persetujuan pelanggan dan data milik anda sepenuhnya.

Sesuai untuk

  • Bisnes servis berulang (cucian, servis kereta, salun)
  • Kedai dengan pelanggan tetap
  • Bisnes yang menerima tempahan melalui WhatsApp
  • Pemilik yang mahu tahu siapa pelanggan terbaik mereka
Sertai program perintis โ†’

Soalan Lazim

Bila Horuz CRM akan dilancarkan?

Kami sedang dalam fasa perintis. Peserta perintis akan dimaklumkan dahulu tentang tarikh pelancaran dan harga.

Adakah CRM berhubung dengan WhatsApp?

Integrasi WhatsApp adalah keutamaan kami kerana kebanyakan bisnes tempatan Malaysia berurusan dengan pelanggan melalui WhatsApp.

Adakah data pelanggan saya selamat?

Data milik anda. Sistem dibina dengan kawalan akses, sandaran dan amalan yang selaras dengan PDPA. Anda boleh mengeksport data anda pada bila-bila masa.

Nak tahu kenapa pesaing anda lebih tinggi di Google?

Kami semak website, Google Business Profile dan kata kunci anda โ€” percuma, tanpa ikatan.

Dapatkan Audit Percuma โ†’